Tuesday, May 17, 2011

16 Cara lelaki menyukai seseorang dalam diam-diam

Cara lelaki menyukai seseorang dalam diam-diam ni semuanya berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kalau korang ada terbaca dalam mana-mana blog atau website adanya persamaan,tu biasalah. Leklu..!!!. So, sekarang jom kita tengok..ada tak tanda-tanda yang macam aku catat ni dengan lelaki yang korang perasan suka kat korang.

1.First sekali, dia akan curi-curi pandang kita. Dah tu, bila kita pandang dia pulak, dia pusing tengok benda lain. Tak pon, bila kita tanya "ko tengok aku kenapa?". Dengan tergagap-gagap dia jawab "Bila aku pandang ko, perasan!" ataupun "Mana da. Tak la. tak da".

2.Bila ada je orang pandai-pandai kenen-kenen kan korang dengan si lelaki tu, tapi korang cakap. "Alah..pandai-pandai la korang. kami kawan je la. takkan terjadi benda macam tu. ". Tapi si lelaki dengan kompomnya aku bagitahu kat korang, dia akan diam. tapi dalam hatinya akan kata "Ko tengoklah satu hari nanti, ko akan jadi milik aku". Ingat! lelaki pantang dicabar.

3.Bila dia tengok korang sedang bermesra-mesraan dengan kawan lelaki korang, dengan bengangnya dia akan mencelah. Sekali lagi dengan bangganya aku nak tulis kat sini, dengan keyakinan sebanyak 100%,si lelaki akan cakap "Tak habis lagi bergelak ketawa?" @ "Seronok nampak?" @ "Best sangat ke cerita korang?, boleh tak aku join". Itu la yang selalu aku lalui dengan mamt nih!

4.Kalau korang minat pada seorang artis lelaki and selalu puji artis tersebut di hadapan si lelaki, dengan perasaan yang membara si lelaki akan cakap "Eleh, yang ko minat dia sangat apahal?. Dia bukan kenal ko pun. Entah-entah jumpa korang pun dia buat tak tahu".

5.Kalau ada orang sedang buli korang, nescaya (ceh ayat! macam nak baca hadis plak!) dia akan protect korang.

6.Dalam korang cakap tentang benda-benda yang pelik (Alah...yang warna biru tu!) tapi dalam bahasa kiasan saja la. Sekadar hanya untuk bergurau. Dia akan menegur kita dengan kasar supaya kita berhenti bercakap tentang perkara tu.

7.Kalau ada diantara gadis-gadis yang diluar sana yang mempunyai sifat 'tomboy' dan berjalan agak 'kengkang' jugak si lelaki akan menegur kita. Semuanya supaya kita berjalan dengan cara perempuan sebenar. Sifat yang seperti ini juga ditegur supaya menjadi lemah lembut.

8.Dia akan menjadi marah jika kita 'mengutuk' si lelaki di depan lelai lain. Rona wajah si lelaki akan berubah menjadi merah. Ditambah pula dengan renungan yang tajam. Itu kompom la dia marah tue!

9.Selalu la aku dengar, si lelaki akan meluahkan isi hatinya melalui lagu. Sebab si lelaki kurang berani untuk meluahkannya. Contohnya lagu Inilah Cinta-Akim AF, Cuba korang perhatikan bait-bait lagu tu (tu pun kalau korang juga sukakan si lelaki) tak pun lagu Relaku pujuk-Spider.

10.Pernah tak korang bercerita yang korang minat pada seseorang atau pun ada orang minat kat korang?. Kalau ada, perasan tak sepanjang anda bercerita, si lelaki akan diam?. Pastu, kalau ada aweks lalu depan korang dia akan cakap "Kalau aku dapat aci ni, best jugak. Masak lomak pun sodap ni.". Ada tak?

11.Selalunya si lelaki akan bercerita masalah dia kat kita. (Ha la...aku tahu banyak kali korang baca ayat yang macam ni.)

12.Kalau korang hilang dari pandangan si lelaki, dengan sepantas kilat si lelaki akan tercari-cari dan mula bertanya pada kawan-kawan korang kemana korang pergi.

13.Si lelaki selalu akan mencari cara untuk menghindarkan diri anda dari berada dekat dengan lelaki lain.

14.Dengan tak semena-mena membuat perkara bodoh dan memalukan diri diaorang depan korang.

15.Setiap kali anda ingin berpisah(balik dari office ke, sekolah, kolej ke) dia akan pandang anda.

16.Si lelaki akan buat lawak. Dengan harapan yang mengunung agar korang akan rasa heppy dengan lawaknya, kerana senyuman anda akan disimpan dalam inbox fikiran diaorang.

Setakat nie aje la..tanda-tanda yang selalu aku tengok. Kalau ada ciri-ciri seperti yang aku catatkan dalam blog aku ni...alamat korang ada peminat bukan rahsia le..jadi kalau korang still single apa salahnya beri si lelaki meneroka hati anda. Kesian beliau memendam perasaan...

69 comments:

  1. Kalo macam kite yg pmpuan ni suke die dalam diam camne ?? huhu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar jerlaaa.. sbb ak pn tgh mengalaminye ni hahahaha, ak plak yg rase ak wt perkara2 kt atas ni

      Delete
    2. hahaha...rasanya sama jek..just ubah fakta lelaki apabila sukakan perempuan kepada fakta perempuan apabila sukakan lelaki..rileks...setiap orang akan alaminya...itulah lumrah manusia..

      Delete
    3. Akak akan pandang pandang dia..Bagi surat cinta..Nak dekat ngan dia..Cam tu lah

      Delete
  2. kalau kita malu..kita bagitau je kat kawan yang paling rapat dengan lelaki yang kita suka tue..minta bantuan untuk cuba rapatkan kita dengan lelaki yang kita suka...insya-Allah..menjadi...semuanya bergantung pada lelaki yang kita suka samada dia sukakan kita atau tidak..tapi lagi better kalau kita terus-terang..sekurang-kurangnya kita tahu dia suka kat kita ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp,,,kalau kita mintak tlg pun..nnt si lelaki tu kata kita ni melebih...

      Delete
    2. entah,senang je berterus terang

      Delete
    3. Pernahlah mintak tolong kawan buat macam NIE ,last ii kawan Kita tu suka kat laki tu,pastu dia tikam belakang kita,,sedih tau kita😩😓

      Delete
  3. kalau ciri2 tu ada kat abg angkat macam mane?
    padahal wktu zaman sekolah dulu dia larang saya suka dia sebab adik tetap adik.
    tp sekarang da besa..masih hubungan adik beradik angkat lg..tapi perangai dia pulak yang makin pelik..contoh selalu cerita soal kahwin dan saya anggap dia bergurau sebab dia pernah larang sy suka dia dulu..yang ni macam mane plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klw aku Ni skarang pula..mengalami benda tu dan sy rasa bkn kita yg pendam perasaan tpi dia yg diam" suka Kan kita.sbb sy Ada abg angkat yg caring lebih dari abg sendiri..by syafika

      Delete
  4. Ciri2 ni aku dh lalui....tp ak aggap dia abg aku..ak prnh ada prasaan kt dia..tp aku smpn je sbb aku tkt prshbtn ak putus.waktu yg sm kwn aku mnt dia sgt2..siap minta izin aku utk usha dia. Aku cm kt ak xde hak nk bg izin..lm2 ak cb jauhkn diri dr dia sbb kwn ak tu ckp kt aku dia terasa mlihat keakraban kami..sejak itu ak kalo blh elak dia..smpi ak wat kptusan blk ke negeri asal aku.dia tnya knp ak nk pergi..aku cm ckp parent aku prlukn aku...waktu tu dia mrh sgt kt aku smpi xnk lnsg hntr ak kt klia.ak rs sedih jg...4bln ak diam tnpa brita.dia pun x cntct aku..ak cm ikt prkbgn di fb je..tp x post apa2..tb2 bln brktnya ak dpt kol mmber aku..dia nk nikah..kwn aku srh pergi.tp ak xprgi sbb dia xjmpt ak..skrg dia dh bhagia n ada kluarga.kita org dh x cntct...ak doakn dia bhgia slmnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cm cete kuch kuch hota hai je...pastu kwn ko meninggal dunia..pas beberapa tahun abg ko tu jumpa semula dengan ko..korg pun malu2..and then anak dia macth kt korg hingga korg kawin..

      Delete
    2. Cm cete kuch kuch hota hai je...pastu kwn ko meninggal dunia..pas beberapa tahun abg ko tu jumpa semula dengan ko..korg pun malu2..and then anak dia macth kt korg hingga korg kawin..

      Delete
  5. Mcm mne pulak klau msalah mcm ni??
    Dia seorg bdak pndai dan agak pemalu klau..bile bile sya terserempak dgn kwn2 dia dan die skali msti kwn die bg isyrat mnggunakan mata yg mnunjukkan ak tngah lalu..and than die msti snyum2 bsar..malu2 mcm tu lah..ad satu hari tu dia jlan seorg diri sama lah mcm saya..bile die ternmpak sya ad dkat situ die terkjut dan di but U turn..saya berasa sgt pelik..boleh tk tlg bg thu skit klau mslah mcm ni??

    ReplyDelete
  6. Ermm....saya selalu berbual ngn kawan dia..sbb dah anggp mcm abg..tp nanti dia akan marah kawan dia..if saya ketawa kuat2..or berbual manja ngn orang lain..dia akan ckp.."kenapa ko mcm 2"..aq xsuka..tapi tiap kali sy pandang dia..dia buat bodoh je..bila saya dah jauh..dia akan pandang sy..kawan2 sy boleh perasan sikap dia..sy ckp ngn dia,tp dia selalu buat endah x endah..ngan org lain ok je..tiap kali sy terfikir pasal dia..mesti dia akan muncul..sy xfhm la ngn dia..tolong beritahu kenapa dia mcm 2??

    ReplyDelete
  7. no 1 tu. lia xprasan. kwn lia bgitau. bukan sorang 3 org ! Giler

    ReplyDelete
  8. oh, help mee :( im not really sure about him, isk, dia peliklah,dia terrlalu pemalu.kawan sy pernah bgtahu yg dia suka sya. tp sya rsa x logik, yelah, sya x cantik pun, dia tu dh la mcm famous jugak, kami pernAH masuk 1 pertandingan yang sama, before bertanding, kami practise sama2, saya tolong dia , n dia tolong saya.. but, bila dpt thu result, dia menang, tp saya kalah, hm. dia kasi 1 coklat(hadiah pertndingan t) dkt saya, katanya as penghrgaan sbb ajar dia. hm, confuse~.. kami slalu brtmbung mata, imean. jeling2 mcm t lah. aah. pelik!

    ReplyDelete
  9. mcm mana pulak kalau lelaki yg pendiam..tak nak ckp ngan kita tp slalu pandang2 kita smapai kita jadi malu??? please nk tau jawapan...

    ReplyDelete
  10. macam mana dengan lelaki yang marah ?.. sebab tak sengaja kawan kita padan2 kita .. sebab baca mesej kami. padahal kami hanya kawan??.. nak pandangann..tkshh

    ReplyDelete
  11. apa mksudnya klu kwan slalu kcau kita.. ble nmpak je kita trus dia kcau..pstu slalu glak ble kita buat lwak.kdang2 xlwak pun dia glak.. dia suka kita ke tpi dia dah ade girlfriend ... sbb saya dah mula jtuh hti kt dia.. dia suka kita ke ??

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. macam mana pulak klau kita suka kn laki tu dlm diam ciri2 ats tuu smue ada kt si die tp xyakin si die suka jgak atau pn x sbb kdg2 si nie perdiam???

    ReplyDelete
  14. macam mane pulak kalau die asyik pandang kite pastu tetibe jeling bila org lain pandang kite ... die x pernah wat kite mrh pun walaupun sekali bile kite senyum die pun senyum

    ReplyDelete
  15. camna kalau nak srh dya stop minat kat kita sedangkan punya main ramai pompuan yg lawa2 diluar sna
    hope dibantu

    ReplyDelete
  16. camna kalau nak srh dya stop minat kat kita sedangkan punya main ramai pompuan yg lawa2 diluar sna
    hope dibantu

    ReplyDelete
  17. dulu selalu senyum sam lah sekarang dia kelas kedua saya kelas pertama. kadang kadang menung kita lepas tu bila kita pandang dia dia tengok tempat lain. terserempak waktu jalan nampak saya ja die tengok bende lain. terserempak kat tangga aja dia nampak die senyum lepas tu die lari. kadang kadang dia jeling. hari ngan geng dia, die tersengih je nampak dari jauh lepas tu lalu tak sampai 5cm nak langgar die tapi orang kata dia suka orang lain huhuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. die pernah tanya samapai tiga kali berpaksa saya suka sapa jawab saya "adalah" padahal saya sukakan dia

      Delete
  18. apa sbb jika seseorang tu tegur kita...sedangkn dy x prnah pon brcakap ngan kita...tlong jelaskan...sekian..

    ReplyDelete
  19. alahai...ada plak tanda2 nya kat sini...tapi tulah sbb bru perasan and xlama tu org tmpt keje bg thu...yg si jejaka tu suka kn sye sjk first mle keje...ya Allah malunya lps thu..tpi skrng dh xjmpe sbb dh tkr keje...apa pn hope dia jmpe yg lebh baik..dri saya...tu je

    ReplyDelete
  20. saya yg suka dia tapi saya tak tau macam mana nak luahkan perasaan namanya ahmad adham haziq saya suka kt dia...saya tak tau dia suka saya atau tk tapi awak ckp dlm blog awak ni dia pernah buat tapi saya tak pernah faham situasi dia? saya rasa saya kot yg over..sebenarnya saya dh tau dia suka kt kawan rapat saya ( Dayana)

    ReplyDelete
  21. saya yg suka dia tapi saya tak tau macam mana nak luahkan perasaan namanya ahmad adham haziq saya suka kt dia...saya tak tau dia suka saya atau tk tapi awak ckp dlm blog awak ni dia pernah buat tapi saya tak pernah faham situasi dia? saya rasa saya kot yg over..sebenarnya saya dh tau dia suka kt kawan rapat saya ( Dayana)

    ReplyDelete
  22. Saya suka lelaki ni..die hot..sye x cntek.kulit x puteh licin.sye rendh diri ble depan dye smpai susah nk berckp dgn dye..selalu bertentang mats dalam diam

    ReplyDelete
  23. Saya suka lelaki ni..die hot..sye x cntek.kulit x puteh licin.sye rendh diri ble depan dye smpai susah nk berckp dgn dye..selalu bertentang mats dalam diam

    ReplyDelete
  24. Ade llaki ni dia asyik pndg sy jee...tpi tak pernah lak kitaorg berckp mmg dua dua org jenis pendiam.. xD

    ReplyDelete
  25. Ade sorang ni suka sgt dkt aq.mmg semue tanda kat atas ni btol.aq bangga sgt tp aq x suke die sikit sbb die hitam & pendek daripada aq.aq tanye dah dkt die,die kate die suke aq tapi mcm mn nk tahu kalau die tu setie tak?

    ReplyDelete
  26. Ade sorang ni suka sgt dkt aq.mmg semue tanda kat atas ni btol.aq bangga sgt tp aq x suke die sikit sbb die hitam & pendek daripada aq.aq tanye dah dkt die,die kate die suke aq tapi mcm mn nk tahu kalau die tu setie tak?

    ReplyDelete
  27. Aq tgh melalui situasi mcm gini.. tapi skrg aq dah jarang nmpk dia pandang aq..skrg nii aq pulak yg mula jatuh cinta ngan dia

    ReplyDelete
  28. Aq tgh melalui situasi mcm gini.. tapi skrg aq dah jarang nmpk dia pandang aq..skrg nii aq pulak yg mula jatuh cinta ngan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull..kadang2 kita pon boleh jadi suka dia dulu😂

      Delete
  29. Harap owners bole bagi tawu ade saorg laki ni perangai dya awkward gile..dye ade la suggest kan saye dengar 1 lagu ni...dye kate motivation.. then bile saye dengar tu lagu..cinta la...so bile tnye dye dya jwab "mana aq tawu" then blah centu je

    ReplyDelete
  30. Harap owners bole bagi tawu ade saorg laki ni perangai dya awkward gile..dye ade la suggest kan saye dengar 1 lagu ni...dye kate motivation.. then bile saye dengar tu lagu..cinta la...so bile tnye dye dya jwab "mana aq tawu" then blah centu je

    ReplyDelete
  31. Hahaha tanda² ni satu pon tk dak kt sya ..sya yg suka laki dlm diam adalah btw info yg bermanfaat

    ReplyDelete
  32. Dulu masa sekola...ada rasa mcm ni.tapi saya anggap kami kawan aje!
    Dia dh ada gf pon..takkan nak caras kawan satu form pula

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Maybe pernah rasa situasi macam ni.
    Tapi saya anggap kami kawan sekelas Dan sekepala aje..
    Takkan nak jadi spare gf pula...
    Hahaha

    ReplyDelete
  35. Maybe pernah rasa situasi macam ni.
    Tapi saya anggap kami kawan sekelas Dan sekepala aje..
    Takkan nak jadi spare gf pula...
    Hahaha

    ReplyDelete
  36. Tanda ni ada kat dia lh,tp dia mda dri aku..klau satu hari xkcau xsah,klau muka aku xsnyum dia pula yg gelisah..tmbah2 lg klau geng satu kje dia borak dgn aku,spntas kilat je dia mncul mncelah..muka mmg masam pandang aku..smpaikn kwn sma kje gtau,klau diaorg tgur dia mmg snyum ktwa dia xikhlas..klau nmpak aku muka bseri,happy semacam..hmmm..aku jdi segan.sbb sma tmpt kje,aku cuba elakkn dri..tkut ada yg mgata.alahaii.

    ReplyDelete
  37. ciri2 tuu memang adeee , tapi dia pemalu sangattttttttt😭😭😭😭

    ReplyDelete
  38. Sama la...aku pun xtaw ...dahlah satu tmpt kerja....selalu buat aku gelak..bila aku diam dia pula buat lawak..bila aku serius..xsah kalau xbuat aku ketawa...peliknya la kan..

    ReplyDelete
  39. Sama la...aku pun xtaw ...dahlah satu tmpt kerja....selalu buat aku gelak..bila aku diam dia pula buat lawak..bila aku serius..xsah kalau xbuat aku ketawa...peliknya la kan..

    ReplyDelete
  40. mcmne nak tahu di BETUL2 suke kite? dia dah mengaku yg di DAH lame suke kan kite..

    ReplyDelete
  41. xtau nk cakap ap.. hint tu da ad da skit2.. haihh

    ReplyDelete
  42. Hai admin,macam mana kalau lelaki selalu curi2 pandang kat saya atau masa saya gelak sakan dgn kawan,dia tgk,menunjukkan yg dia mcm suka saya dalam diam,tapi kalau saya cuba tegur dlm media sosial dia layan saya mcm tembok,tpi kalau face-to-face dia layan saya mcm kawan rapat dia plk...apa pandangan admin?

    ReplyDelete
  43. hai admin..mcm mne dgn laki ni..die selalu buli a.k.a bahan kita la kan...but die jugak la yg selalu ad time kite susah/sedih...tu acaner plk???

    ReplyDelete
  44. As salam admin kalini dia suka sakat saya.. suka ikut saya..suka buat lawak bagi saya senyumm..tapi dia kengkadang suka puji perempuan lain comel lawaa depan saya..saya hanya ketawe saje..so ape pendpt adminn? Dia suka saya ke?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum sis.. cerita sy mcm ni masa tu kitaorg ada presentation time sy sibuk sgt smpai xbgi prhatian masa group dia present.. then dia ni sllu tgur sy.. dia sbutlah nama sy :jannah(bkn nama sbnr) fokus ya.. pndg depan.. padahal dgar pon boleh kan.. lpastu group dia buat lah soal jawab.. tiba2 pick nama sy.. sy pon nk xnk jwab jelah.. padahal jwpn sy tu xlah brapa kena.. groupmate dia pun kata salah tpi dia ni bgi gak hadiah tu.. wlaupun sy slah..terangan2 ya.. siap bgi prcuma 1.. itu dikira pelik ke??

    Dlm klas sy sorg je dia suka kcau smpai sy masam muka dgn dia

    Lpastu dia gelak2

    Ke sebab dia kcau sy ni garang ke pemalu
    Hbistu knpe kwn2 dia suka kenenkan sy dgn dia

    Dan dia assume sy benci dia

    Padahal sy annoying je dgn dia

    ����������

    Hahaha ke sy yg melebih2

    Omomomo
    Okay ada lgi 1

    Ada skli tu kitaorg 1 klas prgi picnic dkt pulau tioman.. time tu kitaorg ada main truth or dare.. time tu kena kat sy

    Dia nk tnye soalan

    Tpi sy xbgi dia jawab yelah..dia tu bkn apa takut tanye soalan bkn2

    Jadinya xthulah dia sruh ke apa..sy agak je..

    Budak klas sy prmpuan tnye..

    Jannah ada prasaan tak dekat mamat?

    Lpas tu dorg ckp klau yes buat tnda right

    Klau no pangkah

    Time tu smua mcm excited.. smpai bdk klas sy yg laki kwn baik mamat kata.. itu dia soalan yg ditunggu2

    Sy time tu konpius xkan nk ckp suka

    Sebab xnk lah dorg pndg sy apa

    Jadi sy jwablah no

    Sebab sy ni kan bknnya jnis yg apa snng nk luahaan prasaan

    Knpe dorg tnye mcm tu

    I mean benda tu kan private

    Knpe dia xtnye je secara berdepan dgn sy kenapa perlukan game yg mcm ni baru nak tanye..depan kekawan pulak tu

    Patutlah lpas sy jwab no tu muka dia brubah

    Mcm frust

    Tpi xklihatan sgt

    Tpi knpe dia brubah lpas tu

    Dia dah xmcm dulu

    Xkacau sy lagi

    Ckp dgn sy pun xnk

    ��������

    Sy slah jawab ke

    Klau sy jawab yes itu hari malu lah sy

    ������������

    Tpi kan sbnrnya dia xbrtpuk pun sblh tgan

    Slah sy sebab xpernah fham org lain

    Trllu fokus kat bljr

    Sem 3 sy anggap dia annoying.. dia buat lwak bodoh sy xlyan

    Sem 4 dia buat lwak sy balas balik

    Sem 5 dia pendiam lpas kes tu

    dia mcm lebih serius dan mengelak dari bercakap dgn sy walaupon kami group research sesama
    Betul ke awak dia sukakan sy

    Maknanya pristiwa dekat pd tu sy dah tolak cinta dia lah eks
    Knpe time kitaorg main truth or dare tu dia tnye sy ada boyriend ke tak?? Nk tahu kisah hidup sy.. ke dia hanya ingin kenal lebih rapat sbgai seorg kawan ya sis??

    Dan masa kitaorg sem 3 dia pernah ngaku dekat budak kolej dia sy ni awek dia padahal time tu kmi ni bermusuhan

    Lectrer smpai kata Mamat sy tgok ni awak asyik kacau jannah.. nak sy pinangkan dia untuk awak..

    Yg lain dah usik2 dia

    Tpi saya mcm biasa no response

    Buat dunno je

    Tapi kan saya dah tertolak cinta dia ke masa main truth or dare tu sis
    Tapi dia xpernah ckp Apa2 pon dgn sy.. smpai skrg sis i still confused ke sy ni hanya cinta bertepuk sebelah tangan ke hanya syok sendiri dan anggap dia suka kat saya

    ReplyDelete
  46. Pertama kali dah rasa jatuh cinta tapi macam mana kalau dia tak suka kita kita suka dia dan ada banyak girl-girl yang suka dia girl itu nampak macam yakin sahaja.

    ReplyDelete
  47. Kalo mcm ni mcm mne ea?
    Ade sorg laki ni suke chat sye.. Bile die pm die msti akn ckp something yg x pnting mcm awk buat ape? Dh mkn ke? Dh brbln dh.. Die jgk prnh bgithu die suke tgk sye snyum.. Bile sye tnye knape die ckp x thu tp die suke.. Prnh satu haritu die chat sye tnye dkt mne.. Kbtuln plk mse tu sye tgh lepk dgn kwn kt tmn.. Bru hnis kls.. Pstu tibe² die dtg tmn.. Pelik jugak sye.. Rmai kwn sye kte die suke sye.. Tp bile sye tnye die.. Die ckp die x suke sesape pun.. Pelik sgt.. Mcm mne ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya hati si lelaki sedang berbolak balik..ada masa dia rasa suka, ada masanya dia anggap awk macam kawan biasa..Tapi kalau dah ada ikatan sekarang ni..semoga bahagia

      Delete
  48. Aku pulak mcm bertarung dgn perasaan sendiri. Member sekelas sibuk kenen kan aku dgn dia. Srs,tak faham.

    ReplyDelete
  49. Acane kalau slalu tertangkap dia pandang kita dan bila minta tolong sesiapa dy yg tolong even tak minta dan bila ckp dgn prmpuan lain dy mcm kasar(tak senyum) tpi kalau ngn kita dy tergelak dan senyum?

    ReplyDelete
  50. Ada laah stgh dari ciri2 tu kena dkt kita .. nak tahu org tu suka kita pun dari kawan baik hahaha .. btw knpa lelaki tak beterus terang dengan perasaan dia skrg dkt org yg suka .. kenapa dkt member baik perempuan??

    ReplyDelete
  51. Sy selalu main ngan kwn2 lelaki lain . Satu hari tu kwn prmpuan sy cerita , masa sy kejar kwn laki lain die(kwn sy) tunjuk kt sy ( ken saya tu tunjuk sy pada si dia) lepastu si dia jeling maut dn perhati smpai sy hilang dr pandangan diorang . Kwn saya pun selalu ckp yg si dia tu actually suka sy sbb kt man sy ade je mesti die ada
    Mcm mana eh??
    Dia suka saya ke???

    ReplyDelete