Friday, August 13, 2010

Gerek Sih...!!!

13 OGOS 2010

Hari ini adalah hari ketiga semua umat islam di seluruh dunia berpuasa. Bulan ni pendapatan aku berlebihanlah sedikit. Alhamdulillah...
Pada orang yang aku cintai aku harap kau bahagia di samping si dia...
Aku juga berharap agar kau sentiasa gembira dan tersenyum berada di sisinya..
Aku di sini tetap menunggu sehingga ke akhir hayat..
Tak pernah sekali aku melupakan dirimu...
Walau sesaat pun tak pernah sayang...
Tak pernah jua terlintas di fikiran untuk mempunyai perasaan pada yang lain..
Kerna aku tahu, suatu hari nanti kita akan bertemu dan menjalani kehidupan yang bahagia...
Jika aku bukan jodohmu, aku harap kita bisa menjadi teman baik....
Di hatiku..engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir...
Tiada yang lain selain dari dirinmu...
Sekian,
Wasalam..

Wednesday, June 9, 2010

My Feeling...

Today..my feeling is not well...
Today..i got to know that the person that i love have someone else..
that girl so pretty not like me..
Today..i know that he's so happy with her..
Today will be the last day for me to remember him...
Tomorrow will be my new day..
New day without him...in my mind..
I just want to let my feeling go away..
Very far far away...
No more tears for him tomorrow...today is the last day....

Monday, June 7, 2010

catatan hari ini..

Hari ni aku baru habis kerja....buat part time kat Sunshine..Kat Bayan Baru..
Lega aku rasa..tapi dapat rest sehari je..pas tu nak masuk kerja kat GSC Queensbay Mall. Boleh la..setakat nak cari duit aku nak cari bekalan untuk aku sambung belajar...

Sunday, May 16, 2010

The Secret of My Life Stories

Kepada sesiap yang telah membaca artikel dalam Fatin's Life dan telah terasa cerita saya begitu rapat dengan diri anda saya minta maaf..Sebenarnya saya tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi sekadar meluahkan perasaan..
Kerana itulah yang sebenarnya yang sya rasa dalam hati ini...

Wednesday, May 5, 2010

Kenangan Yang Lalu


March,2006

Aku dalam perjalanan ke library.Masa tu aku dengan kawan aku.Dah nak sampai dekat tangga library, Kawan si A tegur aku. Dia tanya "Hari ni library buka tak?" masa tu aku pengawas perpustakaan. Aku kata kat kawan si A yang library cuma akan dibuka pada pukul 2 petang nanti. Masa tu aku tak ada perasaan kat si A sebab masa tu dia tengah couple dengan kawan aku.Aku ni bukanlah jenis perampas.Tengah aku dok cakap dengan kawan si A aku tengok dia tersipu-sipu malu.Aku pun fikir 'Apahal mamat ni?sebelum ni tak pernah macam ni bila jumpa aku'.Aku pun tak ambil port la sangat.Dah lama dalam seminggu aku tengok dia asyik usha aku je.Masa tu aku tak tahu yang dah broke up dengan kawan aku.Kawan aku pun masa tu tak cakap apa-apa kat aku. Pastu dalam perjalanan balik dari lab sains ada seorang lagi kawan si A datang kat aku dia cakap "A suka kat kau" dia cakap tak tunjuk kat sesiapa.Kami ramai masa tu.Semua terperasan. Siapa tak nak si A. Dia tu dah la hensem. Pastu pandai pulak tu."Kau yang pakai kain warna ungu tu" dia tunjukkan jari telunjuk dia kat aku.Semua orang tengok aku. Aku pun tergamam. Kawan aku yang couple dengan dia ada kat belakang aku.Masa tu aku terfikir A yang mana satu? setahu aku nama A dalam tingkatan 3 masa tu cuma dua orang. Paling rapat dengan budak lelaki depan aku ni Si A yang couple dengan kawan aku la.Yang seorang lagi malas datang sekolah. Aku mula terfikir.Gila! Takkan la budak paling famous nak kat aku? Dah la muka aku tak elok. Keesokan harinya aku ada pendidikan jasmani.So, turun kepadang la kami waktu tu. Cikgu pula bagi kebebasan nak main apa. Aku pilih duduk lepak kat tempat rehat sembang-sembang.Aku tak mahu kawan aku salah anggap kat aku tentang kelmarin. aku pun datang kat dia dan cakap "Kau dengar apa yang budak tu caka semalam?" dia angguk."Aku memang tak tahu apa-apa" Aku kata."Dahhla aku tak nak ingat kat dia. Dah dia nak kat kau ambik je la" kata kawan aku.Dari nada suara dia pun aku dah tahu dia marah kat aku. Lepas pada hari tu aku dah tak cakap dengan dia. Semuanya sebab si A.Lama jugak aku fikir, buat apa nak bergaduh dengan kawan aku hanya kerana Si A? Lepas sebulan sikap si A tetap sama.Setiap kali jumpa aku dia akan diam dulu.Masa tu aku anggap dia suka kat aku sungguh-sungguh. Aku pun mula simpan perasaan kat dia. Sepanjang tahun aku bagaikan dilamun cinta, padahal Si A tak pernah cakap yang dia suka kat aku.

Januari,2007

Aku dapat tahu yang dia akan ke sekolah teknik. Perasaan aku mula rasa sedih. Aku seolah-olah tak ada sebab aku datang ke sekolah.Hati aku masa tu macam nak luruh, aku ingat dia akan ada kat sekolah dalam masa sebulan.Rupanya tak sampai dua minggu dia dah pergi ke sekolah teknik.Petang tu dia datang ke pejabat sekolah untuk ambil semua dokumen sepanjang dia belajar kat sekolah aku.Mulai hari tu aku dah jarang jalankan tugas aku sebagai pengawas perpustakaan. Aku jadi malas nak masuk library sebab terlalu banyak kenangan aku dengan dia kat dalam tu.


Hari ni, 2010.

Dia mungkin dah lupakan aku.Mungkin dia dah jumpa perempuan yang lebih cantik dan lebih pandai daripada aku. Aku mula ada rasa yang pelik tentang ayat "A suka kat kau.Kau yang pakai kain ungu tu." Mungkin masa tu Si A nak bagi kawan aku jelous kat aku.Nak buat kawan aku marah. Aku rasa macam perasaan aku dimain-mainkan. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku masih ada perasaan sayang kat dia. Sedangkan dah bertahun aku tak jumpa dia malah aku hampir lupakan dia. Tetap juga perasaan tu ada. Aku rindukan kenangan 2006.Kenangan yang aku akan ingat sampai aku mati. Dia tetap menjadi kenangan dalam hati aku.

Orang yang aku suka

Semalam aku keluar dengan member aku gi Bukit Jambul. Kawan aku cakap orang yang selama ni aku suka add dia kat facebook. Aku pun bukannya bengang sangat cuma terkejut. Aku cuma tak sangka, aku ingat aku takkan dengar nama dia lagi. Takkan pernah tengok dia lagi. Pastu member aku bukak la facebook. Mula-mula kau add kawan aku. Pastu baru aku add dia. Bila aku tengok muka dia yang hensem tu terus aku rasa macam jatuh cinta balik kat dia. Selama 2 tahun lebih aku tak dengar langsung tentang dia. Tiba-tiba semalam aku dapat tahu dia belajar kat satu universiti antarabangsa petronas. Aku memang jealous gila kat dia. Dapat belajar dengan belajar dengan pelajar luar negara. Tapi bila aku fikir-fikir tak mungkin dia nak kat aku yang tak elok. Sebab dia tu hensem sangat kalau nak dibanding dengan aku. Dah la tu pandai sampai tahap cipanzi kalau nak digandingkan dengan aku memang jauh panggang dari api. Memang tak padan langsung. Tapi aku harap impian aku untuk bersama di makbulkan tuhan.

Tuesday, May 4, 2010

Kehidupan..

Dalam kehidupan ada gembira ada sedih