Monday, January 7, 2013

Xcident!!$

Hari nie aku xcident... mmg sakit sgt..tuhan saja yg tahu.. skrg dah 6.03 pg.. aku still x tidor lagi.. macam mna nk tidor? sakit x hilang2.. pedihnya ya Allah.. Inilah cara Allah nk kurangkan dosa aku.. tapi seksanya.. nie mesti aku ada buat dosa kat mana2 nie... Harap Allah ampunkan dosa aku..

Thursday, March 1, 2012

Sukar Melupakan mu...

Aku mengaku.. aku masih tak dapat lupakan dya... YA... ramai yang minta aku lupakan dya.. Tapi semua orang tak tahu betapa payahnya aku nak lupakan dya. Aku terlalu sayangkan dya.. Rasa sayang dan rindu sentiasa ada.. Di mata dya aku adalah perempuan jahat yang menghancurkan cinta yang dya bina bersama orang lain selama 2 tahun. Sedangkan dya tak tahu apa yang terjadi. Hati aku merintih setiap masa. Selalu ingin bersama dengan dya. Setiap kali aku mendirikan solat aku tak pernah lupa menadah tangan, berdoa dya akan kembali pada aku. Air mata aku dah kering. Seakan memahami apa yang perlu aku lakukan. Setiap kenangan yang ada, aku simpan dalam memori hidup aku. Banyak perkara yang aku cuba lakukan untuk lupakan dya. Tapi tak pernah terjadi. Pasti akan ada halangan setiap kali aku nak buat sesuatu untuk lupakan dya. Kenapa TUHAN seperti tidak mengizinkan aku melupakannya..??? Aku berserah pada-Nya.. Apa yang akal terjadi.. Insya-Allah aku akan tempuh dengan REDHA....

Friday, July 8, 2011

Melupakan Dia...

Hari nie hari yang agak mencabar bagi aku. Hari ini aku cuba melupakan seseorang. Aku sedar siapa aku di matanya. Aku bukan siapa-siapa sebab walau apapun yang aku lakukan tetap orang lain juga di hatinya. Jadi, biarlah aku yang mengundurkan diri dari aku menyiksa diri aku. Walaupun berat ianya berat bagi aku, namun aku terpaksa lakukan demi orang yang aku hargai. Aku telah melakukan kesalahan yang besar. Aku mengkhianati persahabatan aku. Tak pernah aku terlintas untuk menyayangi dia. Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa. Lemah dengan perasaan ciptaan Allah SWT ini. Aku tak tahu kenapa aku melahirkan perasaan ini. Aku juga tak mengerti kenapa aku selalu mencintai orang yang aku sukar untuk aku dapatkan. Kenapa aku tak pernah mengajar diri aku untuk mencintai orang yang mencintai aku sahaja? Kenapa aku suka menyiksa jiwa aku? Sehinggakan di hujung penceritaan aku juga yang kecewa. Perkataan 'Sayang' dan juga 'Rindu' sangat bererti buat aku. Kenapa dia ungkapkan perkataan itu terhadap aku? Sedangkan dia mencintai orang lain. Berkali-kali aku perkatakan kepadanya bahawa aku tidak suka orang mempermainkan perasaan aku. Entahlah.. biarlah masa yang menentukan apa yang bakal berlaku. Aku hanya mahukan kehidupan aku yang dahulu. Kehidupan tanpa perasaan cinta. Aku teramat merindui kehidupan aku yang satu itu. Harap Allah mendengar segala luahan hati aku..amin...

Tuesday, July 5, 2011

Harap dia selamat Sampai

Hari nie hari yang paling menyebalkan bagi aku..dia yang aku anggap abang bergadoh dengan aci dia. Aci dia saja buat perangai sebab nak putuskan hubungan dengan abang aku. Aku tak faham dengan sikap abang aku. Disebabkan seorang perempuan sanggup larikan diri balek ke kampung. Balek dengan moto pulak tue. Risau sungguh aku. Aku tak suka tengok sedey. Aku lebih suka tengok dia Happy jer. Aku macam nak ikot dia ja. Nak balek kampung dia. Punya la sakit hati bila dia nak balek kampung nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Dah la aku selalu kena kata dengan aci dia. Kalau ada dia, ada jugak orang nak bela aku. Tapi tak pa la..aku nak dia tenangkan fikiran dia. Aku tak mau dia tertekan dengan semua masalah nie. Aku sebagai adik kena faham dengan keadaan dia. Tadi masa kat tempat keja aku sempat merajok dengan dia. Tak sangka pulak nak jadik macam nie. Kalau aku jadi aci dia aku takkan buat dia macam tue. Tak tahu kenapa, aku cuma nak dia happy ja....aku tak boleh tengok dia dengan muka monyok..Tadi dia ada hantar mesej kat aku..katanya nak balek kampung dengan moto. Lepas je aku baca...rasa berdebar-debar ja hati aku. Aku risau sangat bila dia balek kampung dengan moto. Dengan perasaan dia yang bercelaru balek pulak dengan moto. Aku takot jadi apa-apa kat dia..Aku kat sini cuma berdoa supaya dia selamat sampai ke kampung..Amin...

Friday, July 1, 2011

Perkara yang patut kita lakukan apabila berkawan rapat dengan teman lelaki kawan kita sendiri

Firstly, bila kita berkawan dengan 'boyfriend' kawan kita sendiri, kita perlu tahu batas-batas pergaulan antara kita dan si 'boyfriend' kawan kita tue. kita tak tahu sama ada dia tue baik ke tak. Kebanyakannya diaorang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas kita.
Aku sekarang berkawan rapat dengan 'boyfriend' kawan aku. Selama setahun aku berkawan rapat dengan dia, setahu aku dia seorang yang baik la. Selalu memberi sokongan dan dorongan pada aku. Tapi yang buat aku pelik nie...bila aku cerita kat dia yang aku minat atau 'ter'jatuh cinta dengan kawan dia, mulanya dia bagi respond yang baik. Katanya nak tolong aku supaya aku dapat kawannya tue..tapi last-last dia minta aku lupakan kawannya tue..katanya belajar la dulu. Jangan dok fikir sangat tentang kawannya tue. Nanti rosakkan masa depan pula sebab bercinta dan belajar dalam satu masa.
Second,agak lama kita dengan dia bergurau senda atau selalu berinteraksi dengan si 'boyfriend' kita kena tahu cara dia bergaul atau bercakap dengan kita.
Sekarang aku selalu bercakap dalam telefon dan ber'SMS' dengan dia. Kadang-kadang aku ada juga terdengar dia terlanjur cakap yang dia..ehem..ehem..kat aku..faham-faham je la kan. Tapi aku tak tahu la betul ke tak...selalunya aku wat dek ja..bila aku tanya..dia kata..tak da apa-apa la... Sekarang ni dia panggil mak aku dengan panggilan mak. Bapak aku dengan panggilan abah. Dia ada janji dengan aku, dia nak bawa aku balek kampung kat kampung dia. Teringin juga aku...katanya kita tak tahu apa yangg bakal berlaku pada masa hadapan.
Jadi pada sesiapa yang ada rasa macam apa yang ada kat dalam blog aku nie..korang berhati-hati la ye...jadikan dia sebagai sahabat anda..Ingat!..jangan sesekali melukakan hati kawan anda..
Eh..eh..!!!.aku nasihat orang..yang aku ni macam mana?..aku pun kena berhati-hati..sebab hubungan kami mungkin akan melampaui batas. Dan aku tak nak kehilangan sahabat terbaik aku hanya gara-gara sebab perkara ni saja.. See ya...nak apdate pun bukannya ada followers sangat pun....

Thursday, June 30, 2011

Abang..??..Kawan..??..atau Orang yang Dikasihi..??

Banyak cara yang aku cuba buat untuk menghindarkan diri daripadanya. Banyak juga kat karenah yang aku buat untuk buat dia benci aku. Aku sayangkan dia. Tapi dulu aku anggap dia sebagai kawan. Sekarang sebagai abang. Apa yang terjadi sekarang? Mana perginya perasaan kedua-duanya itu? Aku pernah katakan untuk tinggalkan dia. Tapi dia tak pernah mengizinkan aku pergi dari hidupnya. Dia kata tanpa aku hidupnya sunyi. Sudah 2 hari aku tak melihat wajahnya. Entah bila lagi aku dapat melihat wajahnya. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi macam ni. Aku sandarkan segalanya pada dia. Aku cuma mahu dia di sisi aku. Aku mahu dia mendengar segala celoteh aku. Tapi milik orang lain. Orang yang telah menambat hatinya. Hari-hari aku diserikan dengan orang yang dia cintai. Bukannya aku. Berkali-kali aku mengingatkan diri aku bahawa dia milik orang. Kenapa hati ini selalu degil untuk mendengar isi hati aku...?..entahlah...biar waktu yang menentukan segalanya..Aku hanya mau dia bahagia..tak sepatutnya aku cemburu..aku patut tahu batas pergaulan antara kami.siapa dia sebenarnya pada aku..??..Abang..??..Kawan..??..atau Orang yang Dikasihi..??

Thursday, May 19, 2011

Hati ini..!!

Kalau aku dapat mengundurkan masa..sumpah aku takkan wat dya sakit ati...aku janji takkan buat benda macam tue lagi...aku cuma nak dya ya allah..kembalikan la dia kat aku...aku sayang dya sangat2..dya bnyak ubah cara hidup aku...bila aku mula ubah segala-galanya...dya pulak tak da kat sisi aku....tak sanggup rasanya bila berjauhan dari dya...bila kami dapat berjumpa lagi..??...atau kami takkan pernah berjumpa lagi..??...aku harap sungguh yang diciptakan untuk aku...walaupun aku tahu dya tak seperti orang lain...!!!..aku nak dya ya allah...!!!