Friday, July 8, 2011

Melupakan Dia...

Hari nie hari yang agak mencabar bagi aku. Hari ini aku cuba melupakan seseorang. Aku sedar siapa aku di matanya. Aku bukan siapa-siapa sebab walau apapun yang aku lakukan tetap orang lain juga di hatinya. Jadi, biarlah aku yang mengundurkan diri dari aku menyiksa diri aku. Walaupun berat ianya berat bagi aku, namun aku terpaksa lakukan demi orang yang aku hargai. Aku telah melakukan kesalahan yang besar. Aku mengkhianati persahabatan aku. Tak pernah aku terlintas untuk menyayangi dia. Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa. Lemah dengan perasaan ciptaan Allah SWT ini. Aku tak tahu kenapa aku melahirkan perasaan ini. Aku juga tak mengerti kenapa aku selalu mencintai orang yang aku sukar untuk aku dapatkan. Kenapa aku tak pernah mengajar diri aku untuk mencintai orang yang mencintai aku sahaja? Kenapa aku suka menyiksa jiwa aku? Sehinggakan di hujung penceritaan aku juga yang kecewa. Perkataan 'Sayang' dan juga 'Rindu' sangat bererti buat aku. Kenapa dia ungkapkan perkataan itu terhadap aku? Sedangkan dia mencintai orang lain. Berkali-kali aku perkatakan kepadanya bahawa aku tidak suka orang mempermainkan perasaan aku. Entahlah.. biarlah masa yang menentukan apa yang bakal berlaku. Aku hanya mahukan kehidupan aku yang dahulu. Kehidupan tanpa perasaan cinta. Aku teramat merindui kehidupan aku yang satu itu. Harap Allah mendengar segala luahan hati aku..amin...

No comments:

Post a Comment