Tuesday, May 17, 2011

16 Cara lelaki menyukai seseorang dalam diam-diam

Cara lelaki menyukai seseorang dalam diam-diam ni semuanya berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kalau korang ada terbaca dalam mana-mana blog atau website adanya persamaan,tu biasalah. Leklu..!!!. So, sekarang jom kita tengok..ada tak tanda-tanda yang macam aku catat ni dengan lelaki yang korang perasan suka kat korang.

1.First sekali, dia akan curi-curi pandang kita. Dah tu, bila kita pandang dia pulak, dia pusing tengok benda lain. Tak pon, bila kita tanya "ko tengok aku kenapa?". Dengan tergagap-gagap dia jawab "Bila aku pandang ko, perasan!" ataupun "Mana da. Tak la. tak da".

2.Bila ada je orang pandai-pandai kenen-kenen kan korang dengan si lelaki tu, tapi korang cakap. "Alah..pandai-pandai la korang. kami kawan je la. takkan terjadi benda macam tu. ". Tapi si lelaki dengan kompomnya aku bagitahu kat korang, dia akan diam. tapi dalam hatinya akan kata "Ko tengoklah satu hari nanti, ko akan jadi milik aku". Ingat! lelaki pantang dicabar.

3.Bila dia tengok korang sedang bermesra-mesraan dengan kawan lelaki korang, dengan bengangnya dia akan mencelah. Sekali lagi dengan bangganya aku nak tulis kat sini, dengan keyakinan sebanyak 100%,si lelaki akan cakap "Tak habis lagi bergelak ketawa?" @ "Seronok nampak?" @ "Best sangat ke cerita korang?, boleh tak aku join". Itu la yang selalu aku lalui dengan mamt nih!

4.Kalau korang minat pada seorang artis lelaki and selalu puji artis tersebut di hadapan si lelaki, dengan perasaan yang membara si lelaki akan cakap "Eleh, yang ko minat dia sangat apahal?. Dia bukan kenal ko pun. Entah-entah jumpa korang pun dia buat tak tahu".

5.Kalau ada orang sedang buli korang, nescaya (ceh ayat! macam nak baca hadis plak!) dia akan protect korang.

6.Dalam korang cakap tentang benda-benda yang pelik (Alah...yang warna biru tu!) tapi dalam bahasa kiasan saja la. Sekadar hanya untuk bergurau. Dia akan menegur kita dengan kasar supaya kita berhenti bercakap tentang perkara tu.

7.Kalau ada diantara gadis-gadis yang diluar sana yang mempunyai sifat 'tomboy' dan berjalan agak 'kengkang' jugak si lelaki akan menegur kita. Semuanya supaya kita berjalan dengan cara perempuan sebenar. Sifat yang seperti ini juga ditegur supaya menjadi lemah lembut.

8.Dia akan menjadi marah jika kita 'mengutuk' si lelaki di depan lelai lain. Rona wajah si lelaki akan berubah menjadi merah. Ditambah pula dengan renungan yang tajam. Itu kompom la dia marah tue!

9.Selalu la aku dengar, si lelaki akan meluahkan isi hatinya melalui lagu. Sebab si lelaki kurang berani untuk meluahkannya. Contohnya lagu Inilah Cinta-Akim AF, Cuba korang perhatikan bait-bait lagu tu (tu pun kalau korang juga sukakan si lelaki) tak pun lagu Relaku pujuk-Spider.

10.Pernah tak korang bercerita yang korang minat pada seseorang atau pun ada orang minat kat korang?. Kalau ada, perasan tak sepanjang anda bercerita, si lelaki akan diam?. Pastu, kalau ada aweks lalu depan korang dia akan cakap "Kalau aku dapat aci ni, best jugak. Masak lomak pun sodap ni.". Ada tak?

11.Selalunya si lelaki akan bercerita masalah dia kat kita. (Ha la...aku tahu banyak kali korang baca ayat yang macam ni.)

12.Kalau korang hilang dari pandangan si lelaki, dengan sepantas kilat si lelaki akan tercari-cari dan mula bertanya pada kawan-kawan korang kemana korang pergi.

13.Si lelaki selalu akan mencari cara untuk menghindarkan diri anda dari berada dekat dengan lelaki lain.

14.Dengan tak semena-mena membuat perkara bodoh dan memalukan diri diaorang depan korang.

15.Setiap kali anda ingin berpisah(balik dari office ke, sekolah, kolej ke) dia akan pandang anda.

16.Si lelaki akan buat lawak. Dengan harapan yang mengunung agar korang akan rasa heppy dengan lawaknya, kerana senyuman anda akan disimpan dalam inbox fikiran diaorang.

Setakat nie aje la..tanda-tanda yang selalu aku tengok. Kalau ada ciri-ciri seperti yang aku catatkan dalam blog aku ni...alamat korang ada peminat bukan rahsia le..jadi kalau korang still single apa salahnya beri si lelaki meneroka hati anda. Kesian beliau memendam perasaan...

15 comments:

  1. Kalo macam kite yg pmpuan ni suke die dalam diam camne ?? huhu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar jerlaaa.. sbb ak pn tgh mengalaminye ni hahahaha, ak plak yg rase ak wt perkara2 kt atas ni

      Delete
  2. kalau kita malu..kita bagitau je kat kawan yang paling rapat dengan lelaki yang kita suka tue..minta bantuan untuk cuba rapatkan kita dengan lelaki yang kita suka...insya-Allah..menjadi...semuanya bergantung pada lelaki yang kita suka samada dia sukakan kita atau tidak..tapi lagi better kalau kita terus-terang..sekurang-kurangnya kita tahu dia suka kat kita ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp,,,kalau kita mintak tlg pun..nnt si lelaki tu kata kita ni melebih...

      Delete
  3. kalau ciri2 tu ada kat abg angkat macam mane?
    padahal wktu zaman sekolah dulu dia larang saya suka dia sebab adik tetap adik.
    tp sekarang da besa..masih hubungan adik beradik angkat lg..tapi perangai dia pulak yang makin pelik..contoh selalu cerita soal kahwin dan saya anggap dia bergurau sebab dia pernah larang sy suka dia dulu..yang ni macam mane plak?

    ReplyDelete
  4. Ciri2 ni aku dh lalui....tp ak aggap dia abg aku..ak prnh ada prasaan kt dia..tp aku smpn je sbb aku tkt prshbtn ak putus.waktu yg sm kwn aku mnt dia sgt2..siap minta izin aku utk usha dia. Aku cm kt ak xde hak nk bg izin..lm2 ak cb jauhkn diri dr dia sbb kwn ak tu ckp kt aku dia terasa mlihat keakraban kami..sejak itu ak kalo blh elak dia..smpi ak wat kptusan blk ke negeri asal aku.dia tnya knp ak nk pergi..aku cm ckp parent aku prlukn aku...waktu tu dia mrh sgt kt aku smpi xnk lnsg hntr ak kt klia.ak rs sedih jg...4bln ak diam tnpa brita.dia pun x cntct aku..ak cm ikt prkbgn di fb je..tp x post apa2..tb2 bln brktnya ak dpt kol mmber aku..dia nk nikah..kwn aku srh pergi.tp ak xprgi sbb dia xjmpt ak..skrg dia dh bhagia n ada kluarga.kita org dh x cntct...ak doakn dia bhgia slmnya..

    ReplyDelete
  5. Mcm mne pulak klau msalah mcm ni??
    Dia seorg bdak pndai dan agak pemalu klau..bile bile sya terserempak dgn kwn2 dia dan die skali msti kwn die bg isyrat mnggunakan mata yg mnunjukkan ak tngah lalu..and than die msti snyum2 bsar..malu2 mcm tu lah..ad satu hari tu dia jlan seorg diri sama lah mcm saya..bile die ternmpak sya ad dkat situ die terkjut dan di but U turn..saya berasa sgt pelik..boleh tk tlg bg thu skit klau mslah mcm ni??

    ReplyDelete
  6. Ermm....saya selalu berbual ngn kawan dia..sbb dah anggp mcm abg..tp nanti dia akan marah kawan dia..if saya ketawa kuat2..or berbual manja ngn orang lain..dia akan ckp.."kenapa ko mcm 2"..aq xsuka..tapi tiap kali sy pandang dia..dia buat bodoh je..bila saya dah jauh..dia akan pandang sy..kawan2 sy boleh perasan sikap dia..sy ckp ngn dia,tp dia selalu buat endah x endah..ngan org lain ok je..tiap kali sy terfikir pasal dia..mesti dia akan muncul..sy xfhm la ngn dia..tolong beritahu kenapa dia mcm 2??

    ReplyDelete
  7. no 1 tu. lia xprasan. kwn lia bgitau. bukan sorang 3 org ! Giler

    ReplyDelete
  8. oh, help mee :( im not really sure about him, isk, dia peliklah,dia terrlalu pemalu.kawan sy pernah bgtahu yg dia suka sya. tp sya rsa x logik, yelah, sya x cantik pun, dia tu dh la mcm famous jugak, kami pernAH masuk 1 pertandingan yang sama, before bertanding, kami practise sama2, saya tolong dia , n dia tolong saya.. but, bila dpt thu result, dia menang, tp saya kalah, hm. dia kasi 1 coklat(hadiah pertndingan t) dkt saya, katanya as penghrgaan sbb ajar dia. hm, confuse~.. kami slalu brtmbung mata, imean. jeling2 mcm t lah. aah. pelik!

    ReplyDelete
  9. mcm mana pulak kalau lelaki yg pendiam..tak nak ckp ngan kita tp slalu pandang2 kita smapai kita jadi malu??? please nk tau jawapan...

    ReplyDelete
  10. macam mana dengan lelaki yang marah ?.. sebab tak sengaja kawan kita padan2 kita .. sebab baca mesej kami. padahal kami hanya kawan??.. nak pandangann..tkshh

    ReplyDelete
  11. apa mksudnya klu kwan slalu kcau kita.. ble nmpak je kita trus dia kcau..pstu slalu glak ble kita buat lwak.kdang2 xlwak pun dia glak.. dia suka kita ke tpi dia dah ade girlfriend ... sbb saya dah mula jtuh hti kt dia.. dia suka kita ke ??

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. macam mana pulak klau kita suka kn laki tu dlm diam ciri2 ats tuu smue ada kt si die tp xyakin si die suka jgak atau pn x sbb kdg2 si nie perdiam???

    ReplyDelete