Thursday, June 30, 2011

Abang..??..Kawan..??..atau Orang yang Dikasihi..??

Banyak cara yang aku cuba buat untuk menghindarkan diri daripadanya. Banyak juga kat karenah yang aku buat untuk buat dia benci aku. Aku sayangkan dia. Tapi dulu aku anggap dia sebagai kawan. Sekarang sebagai abang. Apa yang terjadi sekarang? Mana perginya perasaan kedua-duanya itu? Aku pernah katakan untuk tinggalkan dia. Tapi dia tak pernah mengizinkan aku pergi dari hidupnya. Dia kata tanpa aku hidupnya sunyi. Sudah 2 hari aku tak melihat wajahnya. Entah bila lagi aku dapat melihat wajahnya. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi macam ni. Aku sandarkan segalanya pada dia. Aku cuma mahu dia di sisi aku. Aku mahu dia mendengar segala celoteh aku. Tapi milik orang lain. Orang yang telah menambat hatinya. Hari-hari aku diserikan dengan orang yang dia cintai. Bukannya aku. Berkali-kali aku mengingatkan diri aku bahawa dia milik orang. Kenapa hati ini selalu degil untuk mendengar isi hati aku...?..entahlah...biar waktu yang menentukan segalanya..Aku hanya mau dia bahagia..tak sepatutnya aku cemburu..aku patut tahu batas pergaulan antara kami.siapa dia sebenarnya pada aku..??..Abang..??..Kawan..??..atau Orang yang Dikasihi..??